Kalau dulu kami kongsi kan cara buat gambar pasport dengan kos yang sangat rendah, kali ni ada yang lebih cool dan mudah dengan hanya menggunakan apps percuma.
Jom kita follow apa yang telah dikongsi kan oleh Mina di laman twitternya.
Background bebas
Guna photoshop
Tukar country
Edit kasi cantik
Background color ikut keperluan
Simple je kan? Jom try.
Sekatan Senarai Hitam Ke Luar Negara PTPTN Ditarik Serta Merta
REMAJA yakin pasti ada antara korang yang berdepan dengan masalah tak dapat ke luar negara akibat masalah bayaran semula pinjaman wang pendidikan PTPTN.
Well guys, kami ada berita baik untuk korang semua.
Memetik laporan daripada Malaysia Gazzete, Menteri Pendidikan yang baharu iaitu Dr. Maszlee Malik telah mengumumkan kerajaan akan menarik semula sekatan perjalanan ke luar negara kepada peminjam PTPTN yang berdepan masalah ini.
Sebagai sebahagian daripada manifesto Pakatan Harapan, Dr. Maszlee berkata pihak kerajaan akan berhubung dengan pihak imigresen untuk melaksanakan penarikan semula sekatan perjalanan.
Dalam pada masa yang sama, Dr. Maszlee juga mengumumkan bahawan peminjam PTPTN yang belum memperoleh pendapatan melebihi RM4,000 sebulan boleh dikecualikan daripada membuat sebarang pembayaran.
Jelas beliau langkah tersebut akan berkuat kuasa serta-merta sebagai menunaikan janji PRU14 yang dibuat Pakatan Harapan dalam masa 100 hari selepas menang PRU.
Akan tetapi korang perlu ingat, ini tidak bermakna hutang PTPTN korang dimansuhkan tetapi hanyalah penangguhan bayaran balik kepada peminjam sehinggalah mereka mendapat pendapatan bulanan seperti yang dinyatakan di atas.
Menurut Menteri Pendidikan lagi kepada yang kerajaan mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja untuk meneruskan bayaran hutang PTPTN walaupun gaji mereka tidak sampai RM4,000 kerana itulah sikap yang perlu ada.
Cuma dengan ekonomi yang teruk mengalami negara sekarang, penangguhan bayaran ini diharap mampu membantu golongan muda untuk meringankan kos sara hidup mereka.
Ingat ya korang, hutang tetap hutang. Jangan pula nanti pendidikan yang korang dapat tu tak berkat dek kerana enggan membayar hutang.
REMAJA menyambut baik saranan kerajaan yang memberikan ruang untuk golongan muda membuat pembayaran PTPTN. Dan penarikan semula sekatan ke luar negara pasti di sambut baik oleh generasi muda yang secara zahirnya perlu meluaskan skop pengalaman mereka ke luar negara.
Malaysia Terima Lagi 415,000 Dos Vaksin AstraZeneca Sumbangan Dari UK
Malaysia sekali lagi menerima sumbangan dos vaksin dan kali ini, sebanyak 415,000 dos vaksin COVID-19 AstraZeneca daripada kerajaan United Kingdom diterima bagi meningkatkan momentum Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Bekalan vaksin itu dihantar melalui penerbangan Emirates Airlines EK 346 yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 2.20 petang semalam.
Ini merupakan sumbangan keempat yang diterima dari negara luar, sebebelum ini Jepun telah menyumbangkan 998,400 dos vaksin AstraZeneca, Amerika Syarikat memberikan 1,000,350 dos vaksin Pfizer dan China dengan 500,000 dos vaksin Sinovac.
Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin berkata, sumbangan ini akan mempercepatkan vaksinasi di Malaysia dan pada masa ini, Malaysia mempunyai kadar vaksinasi harian per kapita tertinggi di dunia yang melebihi negara lain.
Kira-kira 62 peratus penduduk dewasa telah menerima suntikan dos pertama, manakala 31 peratus lagi telah melengkapkan dua dos vaksin.
Vaksin AstraZeneca yang diterima kali ini adalah untuk penerima dos pertama dan akan dihantar ke negeri-negeri. Malaysia juga dijadualkan menerima kira-kira 500,000 lagi dos vaksin AstraZeneca pada hujung bulan ini untuk kegunaan dos kedua.
Lega sedikit rasa hati bila mendengar perkhabaran ini. Diharap agar proses vaksinasi di luar Lembah Klang dilakukan dengan segera untuk negera mencapai imuniti kelompok bagi membendung penularan wabak pandemik ini.
Sumber: (1)
Tragedi Menyayat Hati, PEMANDU GRAB MATI DIJERUT Dalam Kereta Selepas Hantar Penumpang Di Selayang
Seorang pemandu Grab, Aiman Nosri ditemui mati dipercayai akibat dibunuh dengan kesan jerutan pada leher dalam kereta jenis Perodua Myvi miliknya di parkir Taman Selayang Makmur, malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Tey Kong Seng berkata mangsa yang berusia 27 tahun itu ditemui dalam keadaan tertungkup di tempat duduk belakang kereta kira-kira 8.20 malam.
“Mangsa ditemui tertungkup di mana kepalanya di bawah mengenai lantai kereta dan kaki ke atas.
“Pemeriksaan polis turut mendapati terdapat kesan melecet pada leher mangsa namun tiada sebarang senjata dijumpai di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata siasatan dijalankan Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjen Selangor menemukan 2 telefon bimbit, sepasang kasut berserta stokin, sepasang selipar dan sehelai baju di dalam kereta berkenaan.
Tey berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Berdasarkan rekod, mangsa dikatakan kali terakhir membawa penumpang dari Jalan Tun Tan Cheng Lock menuju ke Selayang Baru pada pukul 9.34 malam Khamis lepas.
Sebelum itu kehilangannya sudah dihebohkan di kalangan komuniti pemandu Grab yang turut sama diminta membantu mencarinya. Namun mereka semua kemudiannya dikejutkan dengan berita kematiannya yang menyayat hati itu dipercayai dijerut.
Dalam pada itu susulan kematian Aiman Nosri, Warga JBGC Community telah menulis secara terbuka di fb GrabCar JB Registration dan menuntut syarikat GRAB mengetatkan syarat permohonan apps RIDER selain membuat lima tuntutan lain ekoran kematian Aiman Nosri.
SALAM TAKZIAH dari seluruh warga JBGC Community…
buat keluarga Allahyarham Aiman Nosri , pemandu Grab di Klang Valley atas pemergian beliau dalam satu tragedi menyayat hati dan mengejutkan kita semua pemandu2 Grab seluruh Malaysia dan Singapore.
Semoga roh arwah dicucuri Rahmat dan dilimpahi kasih sayang ALLAH dan ditempatkan di syurga di kalangan orang-orang yang beriman…
Sesungguhnya, kami pemandu-pemandu Grab seluruh Malaysia amatlah berdukacita diatas berita ini dan mengharapkan pihak berkuasa dapat menyelesaikan kes ini dengan cepat dan dapat menangkap penjenayah terlibat.
Untuk makluman sahabat pemandu Grab semua, Allahyarham ditemui telah meninggal dunia akibat dijerut di leher di dalam kereta beliau di kawasan flat di Selayang. Dan di syaki penjenayah adalah warga ASING.
Dengan ini, kami pemandu-pemandu GRAB seluruh MALAYSIA amatlah menggesa pihak Grab Malaysia memperketatkan lagi pendaftaran pengguna-pengguna Grab yang menggunakan apps “Rider” dengan memperketatkan syarat seperti perlu mengemukakan data peribadi mereka sepertimana pemandu-pemandu semasa memohon menjadi Pemandu Grab yang sah.
Keselamatan pemandu amatlah di utamakan. Kami mencari rezeki dengan ‘menyewa’ aplikasi atas talian E-Hailing dari syarikat GRAB dan syarikat perlulah memastikan penyewa-penyewa aplikasi yang membayar sejumlah 20 atau 25 peratus dari pendapatan itu mendapat perlindungan sewajarnya dari penyedia aplikasi.
Sekurangnya, pengguna perlu mendaftar dengan menghantar maklumat asas seperti salinan Kad Pengenalan / Passport dan satu gambar profil bagi memudahkan pihak berkuasa atau juga membantu pemandu mengecam pelanggan bila sampai di ‘pickup point’.
Kami amat menggesa pihak GRAB MALAYSIA memandang serius perihal ini bagi memastikan kedua2 pihak samada pelanggan dan juga pemandu sentiasa dalam keadaan selamat dan nasib mereka terbela.
Permintaan lain pemandu yang mengharapkan perhatian pihak Grab Malaysia :
- caj pembatalan pada pelanggan yang membatalkan tempahan melebihi dari 5 minit.
- bayaran tambahan bagi tempahan yang melebihi pickup melebihi dari 5km ke atas. e.g : RM1 per/km selepas 5km pertama jarak pickup.
- suspend / banned akaun pelanggan yang didapati melakukan kesalahan seperti tidak membayar tambang, berkelakuan kurang elok pada pemandu yang mana pemandu mempunyai hak untuk membuat laporan.
- pemandu diberikan pilihan untuk memberi rating STAR kepada pelanggan.
- kadar tol di masukkan secara automatik ke dalam harga tambang setelah pemandu memilih route yang mempunyai tol.
* Please do something for our Grab community feel safe to drive and works *
#jbgcsentipteam #johorbahrugrabdrivers #jbgccommunity
#alfatihahbuatAiman #sharetoallforconcern