Tiada yang sempurna di dalam dunia ini, tapi kalau dah jatuh hati dengan seseorang individu tu, semua baik buruk pasangan tidak menjadi halangan untuk korang terus mencintainya.

Namun selepas beberapa ketika, barulah korang tersedar dan terfikir sama ada pilihan yang telah dibuat ini adalah tepat atau tidak.

Berikut merupakan 9 tanda-tanda bahawa korang telah pun mendapatkan suami yang ideal.

1. Susah senang bersama 

9 Tanda Korang Dah Jumpa Calon Suami Ideal

Lelaki sejati bukan hanya pandai berkata manis tetapi harus membuktikannya melalui perbuatan. Ketika berada dalam situasi yang sulit, mereka sentiasa ada bersama-sama korang untuk memberikan sokongan dan menyelesaikan segala masalah bersama-sama.

2. Sediakan makan malam sendiri

9 Tanda Korang Dah Jumpa Calon Suami Ideal

Wanita moden menganggap bahawa lelaki yang pandai masak adalah calon suami yang ideal. Tak perlu hidangkan makanan yang istimewa, kalau ada suami yang sediakan telur goreng dengan kicap je pun dan boleh buat perempuan senyum lebar.

3. Sentiasa menyokong

9 Tanda Korang Dah Jumpa Calon Suami Ideal

IKLAN

People make mistakes. Lelaki yang supportive tak akan terus menghukum perempuan di atas kesalahan yang telah dilakukan. Walaupun mungkin memang benar korang salah, dia sentiasa ada untuk memberikan sokongan dan nasihat.

4. Selalu alert 

9 Tanda Korang Dah Jumpa Calon Suami Ideal

Ini bukan bermaksud pasangan korang tahu setiap pergerakan atau baju warna apa yang korang pakai pada lima hari lepas.
Namun, dia sentiasa alert dengan apa yang berlaku pada diri korang. Dia tahu lagu favorite korang dan dia juga tahu setiap obsesi korang pada sesuatu perkara.

5. Bukan hanya pintar, tapi bijak

9 Tanda Korang Dah Jumpa Calon Suami Ideal

Untunglah kalau ada boyfriend yang bijak untuk menyelesaikan masalah matematik, tetapi apa yang lebih penting adalah lelaki yang mampu untuk mencari jalan keluar ketika menghadapi sebarang masalah.

IKLAN

Jika calon suami boleh memberikan nasihat di saat korang mempunyai salah faham dengan keluarga, ini memang sangat bertuah.

6. Dia tahu untuk ceriakan korang

9 Tanda Korang Dah Jumpa Calon Suami Ideal

Jika korang dalam keadaan sedih, dia tahu bagaimana untuk menceriakan kembali suasana. Dia akan berlawak jenaka, memberi sokongan dan melakukan apa saja untuk menggembirakan korang.

Bertuahnya badan..

7. Pandai berkompromi dan berunding

9 Tanda Korang Dah Jumpa Calon Suami Ideal

IKLAN

Seorang lelaki yang ideal mudah untuk dibawa berbincang dan bijak untuk mengendalikan sebarang situasi tegang yang melibatkan banyak pihak. Tidak bertindak melulu, ciri-ciri lelaki seperti ini sememangnya diidamkan oleh setiap wanita.

8. Tidak akan membiarkan korang dalam kesusahan

9 Tanda Korang Dah Jumpa Calon Suami Ideal

Kebanyakan lelaki tidak boleh memberikan fokus kepada pelbagai masalah dalam satu masa. Namun, mereka tak akan membiarkan korang menghadapi kesusahan seorang diri dan menjadikan masalah tersebut sebagai keutamaan mereka.

9. Pendapat korang sentiasa diperlukan

9 Tanda Korang Dah Jumpa Calon Suami Ideal

Hubungan suami isteri nanti bukan saja bermakna harus tinggal sebumbung, malah korang juga harus menjadi seorang teman baik yang mampu memberikan pendapat di antara satu sama lain. Tapi, ini tak bermakna si suami perlu mengikut semua kata isteri tau.

Jelas sekali memilih pasangan yang ideal itu perlu untuk menyempurnakan kehidupan bersama nanti. Setiap lelaki mempunyai keunikan dan kelebihan yang berbeza-beza.

Jika korang sudah mempunyai calon suami seperti kriteria di atas, tahniah kami ucapkan. Hiks!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI