Ramai mengeluh bila storage handphone mula penuh, lebih-lebih lagi si kaki selfie yang gila bergambar.

Cukup potong ‘stim’ bila tengah syok bergambar atau buat video, tetiba dapat notification ‘Storage Almost Full’. Time tu la korang nak kena decide gambar mana yang perlu dibuang. Tapi, berat sungguh hati nak delete gambar-gambar yang ada dalam phone tu kan?

Jangan risau gaiss. Ada satu cara yang pengguna iPhone boleh buat tanpa memerlukan sebarang kos untuk tambah storage.

Macam mana nak buat? Ikut je step yang telah dikongsi oleh Rebonz Malaysia ini.

Step 1

9 Step Macam Mana Nak Tambah Storage iPhone Secara Percuma

Buka Setting, lepas tu pilih general dan kemudian, pergi ke iPhone storage

P/S: Korang boleh check storage yang tinggal dulu sebelum follow step 1 ini untuk bezakan berapa banyak storage yang korang ada sebelum dan selepas menggunakan cara ini.

Step 2

9 Step Macam Mana Nak Tambah Storage iPhone Secara Percuma

Scroll ke bawah dan pilih app mana yang paling banyak ‘makan’ storage korang. Lepas tu, tap saja di app tersebut.

P/S: Instagram antara app yang paling kuat makan storage.

IKLAN

Step 3

9 Step Macam Mana Nak Tambah Storage iPhone Secara Percuma

Delete app, kemudian download balik app tersebut.

P/S: Make sure korang ingat password IG sebab lepas install semula, kena log in macam biasa.

Step 4

9 Step Macam Mana Nak Tambah Storage iPhone Secara Percuma

Download google photo dekat app store. Korang boleh klik di sini untuk terus download, dan buka app tersebut.

Step 5

9 Step Macam Mana Nak Tambah Storage iPhone Secara Percuma

IKLAN

Kemudian, sign in Gmail dan pilih sama ada nak high quality (storage tanpa had) atau nak original (ada limit).

Lepas tu, pilih nak guna mobile data atau guna wifi je untuk upload gambar ke google photo ni. Cadangan kami, pilih je guna wifi sebab kalau gambar ada beribu dalam phone, boleh habis mobile data korang tu.

Kalau guna wifi, semua gambar dalam iPhone tu automatik terus backup dan upload ke google photo. Kalau wifi 100mbps, 200 gambar tak sampai dua minit pun dah settle.

Tip: Kalau korang nak cepat upload semua gambar, jangan keluar daripada app tu.

Step 6

9 Step Macam Mana Nak Tambah Storage iPhone Secara Percuma

Selepas dah selesai upload semua gambar, nanti korang akan nampak backup complete dan korang boleh tap dekat tiga line di atas tu

IKLAN

Step 7

9 Step Macam Mana Nak Tambah Storage iPhone Secara Percuma

Pilih free up space. Ini adalah untuk korang delete semua gambar dalam iPhone. So, kalau rasa nak selfie banyak-banyak, korang boleh kosongkan gambar yang ada dalam iPhone dan simpan dekat google photo ni.

Step 8

9 Step Macam Mana Nak Tambah Storage iPhone Secara Percuma

(Cara untuk download gambar yang dah delete ke dalam iPhone semula)

Kalau korang tiba-tiba nak balik gambar yang dah di delete tu, korang boleh pilih mana-mana gambar yang korang nak download dan tap dekat tiga titik sebelah kanan.

Step 9

9 Step Macam Mana Nak Tambah Storage iPhone Secara Percuma

Tekan download. Then, selesai.

P/S: Kalau gambar ni ada dalam iPhone (butang download tu takkan ada. So, make sure gambar yang korang nak download tu memang tak ada dalam iPhone korang)

Semoga perkongsian ini boleh membantu menyelesaikan masalah tak cukup storage iPhone korang ya. Hiks!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI