“Pakai gincu warna merah ?? eiwww tak nak lah! Menyerlah sangat malu kalau orang pandang!”

 

Waittt! Jangan macam tu. Buat apa nak malu ? Merahkan melambangkan keberanian! Patutnya kamu berbangga bila memakai gincu yang melambangkan aura positif! Di sini REMAJA kongsikan 8 cara yang betul untuk peragakan gincu merahmu agar kamu lebih yakin dan selesa dengan penampilan mu.

 

✽      GUNA TEKNIK ‘GIRL POWER’

Bak kata orang putih “With a shade this flirty, let your lips do all the talking”. Sambil berborak,  jangan lupa gunakan jari jemari kamu yang runcing itu untuk ‘memintal-mintal’ rambut sekali ya dan gunakanlah apa juga trik mengoda yang kamu ada untuk membuatkan semua terpaku melihat ‘aura’ gincu merah kamu. Tapi hati-hati jangan terlalu mencuba takut nanti ada pula yang mengelar kamu murahan.

 

✽      IKALKAN RAMBUTMU.

Rambut memang memainkan peranan dalam membentuk wajah seseorang. Jadi, apa kata ikalkan rambut mu kemudia calitkan gincu bewarna merah (bold) di bibir. Wowww! Kamu pasti kelihatan hebat!

 

✽      GO SPORTY!

Bergincu merah tidak bermaksud kamu perlu  bergaya ala-ala ‘ladies’ dan formal. Kamu juga boleh mengenakan gaya ala-ala sporty dan bersahaja. Gabungkan ikatan rambut tocang yang tinggi dan jeans skinny yang sempoi. Pasti kamu akan kelihatan stunning!

 

✽     KENAKAN GAYA ALA-ALA VINTAGE

Untuk nampakkan lagi ‘aura’ gincu merah, apa kata kenakan gaya ala-ala vintage seperti Taylor swift. Jangan lupa aplikasikan ‘cat-eyeliner’ di bahagian mata. Teknik ini pasti akan membuatkan kamu kelihatan manis dan menawan seperti gadis-gadis zaman Victoria.

 

✽      POTONG RAMBUT GAYA PIXIE!

Bila mengenakan gincu merah di bibir, apa kata buat potongan rambut gaya pixie untuk nampak lebih ‘bold’ dan ganas! Hmmm, tapi pastikan rambut kamu bewarna hitam bukannya perang. Barulah nampak seperti ‘rockstar’ !

 

✽      TIDAK PERLU CEREWET

Alamakkkkkk hari ni kamu terlambat bangun! Takpe jangan risau! Tak perlu blow rambut dan bersiap beria-ia. Cukup sekadar ikat sanggul dan calitkan gincu merah di bibir kemudian senyum dengan penuh yakin. Tak perlu terlalu cerewet untuk bergaya. Nah, pasti rakan-rakan kamu tidak akan sedar kelewatan kamu. Silap-silap ada pula yang memuji kamu lebih daripada hari-hari biasa.

 

✽      GO EDGY!

Pasti kamu akan bayangkan bergincu merah selalunya hanya untuk gadis-gadis seperti Taylor Swift kan? Ternyata tekaan kamu itu salah! Miley Cyrus telah buktikan walaupun kamu dalam’ kamu tetap boleh kelihatan menawan dengan secalit gincu merah di bibir.

 

✽    JADI GADIS KLASIK

Tiada salahnya jika kamu ingin mencuba gaya fesyen seperti gadis klasik dalam zaman serba membangun seperti kini. Warna merah di bibir pasti akan membuatkan kamu lebih menyerlah dengan teknik make up yang simple dan pakaian bewarna keemasan.