Setiap tahun, sambutan Hari Raya mesti terasa perbezaannya berbanding tahun-tahun lalu.

 

Korang akan lebih terasa kalau korang berasal dari zaman budak 90s. Serius! Walaupun tak sampai 2 dekad kita telah tinggalkan zaman tersebut, tapi rasa rindu tu memang mendalam.

Tambahan lagi apabila kita terpaksa beraya pada tahun ini dalam keadaan berjaga-jaga akibat merebaknya wabak Covid-19.

Jom kita throwback sikit pengalaman beraya semasa kecil dulu.

01

Kad Raya

6 Perbezaan Raya Zaman 90s Dengan Zaman Sekarang, Dulu Lagi Best?
Rindunya!

Okay, ini terutamanya untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Korang sempat tak hantarkan kad raya?

Hehe, dulu bukan setakat bertanding siapa dapat paling banyak kad raya. Mereka juga akan berebut nak gantung kad raya masing-masing di tempat paling strategik dalam rumah tu. Barulah ‘riak sikit’ bila orang datang ke rumah.

Sekarang, nak dapat 2 kad raya pun lamberttt lagi tau. Semua ucapan menjadi semudah ctrl C ctrl V ( tukar nama penerima bagi nampak custom sikit ) dan hantar melalui WhatsApp.

 

IKLAN

02

Malam Raya

6 Perbezaan Raya Zaman 90s Dengan Zaman Sekarang, Dulu Lagi Best?

Tak kiralah dulu atau sekarang, masing-masing akan balik kampung 2-3 hari sebelum Hari Raya untuk bersama-sama dengan keluarga.

Tapi zaman dulu, daripada budak-budak hinggalah ‘mak budak’ rajin betul join program takbir keliling kampung pada malam raya.

Budak-budak nak kutip duit rayalah, of course. Mak budak pulak nak membawang sambil bertakbir ( kena seimbang sis). Sekarang, masing-masing akan kuncikan diri di dalam bilik dan layan Mobile Legends.

 

03

Santan

6 Perbezaan Raya Zaman 90s Dengan Zaman Sekarang, Dulu Lagi Best?

IKLAN

Dulu, cuculah yang terlebih rajin nak tolong kukurkan kelapa untuk dapatkan santan. Sambil tu, boleh fight lagi santan siapa lagi banyak. Sekarang, semua guna santan kotak. Sedap tu sedap, tapi tak thrill lah.

 

04

Lampu Hias

6 Perbezaan Raya Zaman 90s Dengan Zaman Sekarang, Dulu Lagi Best?

Dulu, kalau satu badan tak berbau minyak tanah tak sah! Semuanya gara-gara nak hidupkan pelita dan lampu panjut untuk main bunga api.

Sekarang, fuhhh canggih, guna lampu hiasan LED beb. Dah serupa i-City rumah tu aku tengok.

 

05

Kena Capai KPI

IKLAN

6 Perbezaan Raya Zaman 90s Dengan Zaman Sekarang, Dulu Lagi Best?

Dulu, selagi tak capai target jumlah duit raya yang nak dikumpul pada tahun itu, selagi itulah budak-budak akan heret parents masing-masing untuk terus beraya.

Sekarang, dapat je duit raya diorang terus buka sampul! Siap boleh complain lagi kalau duit warna biru. Amboiii…

 

06

Semua Seragam

6 Perbezaan Raya Zaman 90s Dengan Zaman Sekarang, Dulu Lagi Best?

6 Perbezaan Raya Zaman 90s Dengan Zaman Sekarang, Dulu Lagi Best?

Dulu, satu dewan lelaki dekat masjid tu akan berpakaian baju Melayu lengkap. Berpinar mata nak tengok calon jodoh Lelaki Melayu Terakhir sis!

Sekarang, mereka boleh memilih untuk mamakai baju Melayu atau Kurta atau Jubah atau Jubah Sado. Hhm, tak ada feel Raya lah. Macam pergi solat Jumaat je.

 

So, betul kan raya zaman 90s lebih best?

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI