Wow amazing. Bermula pagi tadi, 9 Mac, telefon bimbit terbaru, Honor 9 Lite sudah  menemui pengguna.

Dijual pada harga RM749 untuk  jualan tetapi bagi memberi kejutan kepada peminat jenama Huawei, harga atas jualan dibuka pada RM699 sahaja.

Menakjubkan, menurut jurucakap Shopee Mall, dalam tempoh 5 minit dibuka untuk jualan, kesemua telefon bimbit berkenaan sudah ditempah sekaligus membuatkan pihak Huawei menambah lagi 1000 buah telefon bimbit. Dan jika sekali lagi jika jualan ini “sold out” di media platform itu, banyak lagi Honor 9 Lite akan ditawarkan pada pembeli dengan harga jualan runtuh itu iaitu RM699 berbanding harga biasa RM749.

 

500 Buah Honor 9 Lite Terjual Dalam Masa 5 Minit di Shopee Mall Hari Ini, Apa Yang Best Tentang Telefon Huawei…
500 buah telefon bimbit Honor 9 Lite sold out dalam tempoh 5 minit sahaja pagi ini

 

500 Buah Honor 9 Lite Terjual Dalam Masa 5 Minit di Shopee Mall Hari Ini, Apa Yang Best Tentang Telefon Huawei…

 

Didatangkan dalam dua warna iaitu variasi Sapphire Blue dan Glacier Gray bagi yang gemar berswafoto, telefon bimbit ini pasti mengujakan.

IKLAN

Sementara itu, tiga hari sebelum pelancaran harga runtuh ini, pihak media menerima jemputan untuk merasaikan kelebihan honor 9 lite ini.

Jom baca apa yang best tentang telefon bimbit ini. Lagipun ada masa sebelum kesemuanya dimiliki orang lain.

Abadikan Kenangan Anda Secara HD (Definisi Tinggi) dengan Empat Kamera – Honor 9 Lite menampilkan kamera dua lensa 13MP+2MP di bahagian hadapan dan belakang, yang membolehkan pengguna mengambil gambar yang jelas dan cantik tanpa mengira masa, tempat dan teknik. Dengan ciri-ciri kecantikan yang telah dinaiktaraf dan boleh diubahsuai, serta kesan ‘bokeh’ setaraf standard perisian komputer, telefon pintar ini pasti menjadi peranti pilihan bagi penggemar swafoto.

Rekaan dan Paparan Yang Menawan – Direka dengan ciri-ciri yang cantik dan praktikal, honor 9 Lite menampilkan teknik pembuatan yang tiada tolok bandingan dari semua sudut. Telefon ini mempunyai skrin paparan tanpa ‘bezel’ FullView HD (Berdefinisi Tinggi) dan kemasan seakan-akan cermin dengan nisbah skrin-ke-badan yang tinggi, menjanjikan penggunanya rekaan yang mewah.

IKLAN

Berprestasi Tinggi – Telefon honor 9 Lite ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 659 dan dilengkapi dengan 3GB RAM dan ruangan storan 32GB (boleh ditambah sehingga 256GB). Ia turut dibina dengan bateri berkuasa 3,000mAh yang boleh menampung penggunaan harian.

500 Buah Honor 9 Lite Terjual Dalam Masa 5 Minit di Shopee Mall Hari Ini, Apa Yang Best Tentang Telefon Huawei…
Dari kiri : Deckson Lim, George Zhai Zhi Wei, Zhang Shu Bao, Ian Ho, Xiong Jun Min, Calvin Teng dan Vysia Yoong yang mewakili kerjasama ini

Dalam pada itu,  Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah menandatangani usahasama rasmi dengan honor Malaysia untuk melancarkan telefon pintar honor 9 Lite yang akan dijual secara eksklusif di platform Shopee. Usahasama tersebut membolehkan kira-kira 9 juta pengguna Shopee di Malaysia untuk membeli telefon pintar 4-kamera tersebut pada harga istimewa sebanyak RM699 sahaja (Harga pasaran: RM749) untuk masa terhad pada 9 Mac 2018. honor merupakan jenama terbaharu yang menyertai Shopee Mall, portal membeli-belah dalam talian khas yang membariskan lebih daripada 400 jenama terkemuka dan pengedar sah yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang premium kepada pengguna Shopee.

“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan honor untuk pelancaran eksklusif honor 9 Lite ini. Sejak beberapa tahun lalu, kami menyaksikan pertumbuhan bilangan pengguna yang membeli produk elektronik secara dalam talian, khususnya telefon pintar. Kami gembira dapat bekerjasama dengan honor untuk menawarkan pelbagai lagi pilihan kepada pengguna kami,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. “Sejajar dengan rancangan 2018 kami, kami berazam untuk mengukuhkan lagi usahasama strategik dengan pelbagai jenama terkemuka dengan menjual produk mereka di platform kami. Sebagai pemain e-dagang utama di rantau ini, kami mahu membantu lebih banyak jenama meluaskan rangkaian dalam talian mereka dan mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan pengkalan pengguna yang lebih besar”.

“Kami teruja bekerjasama dengan Shopee untuk memperkenalkan telefon 4-kamera pertama kami, honor 9 Lite untuk pasaran Malaysia. Sebagai jenama telefon pintar terkemuka global, kami dapat melihat potensi besar menerusi usahasama dengan Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Usahasama ini adalah titik tolak bagi kami dan kami pasti, masih banyak lagi lapangan yang boleh kami terokai bersama,” kata Zhao Zhiwei, Ketua honor Malaysia.

IKLAN

500 Buah Honor 9 Lite Terjual Dalam Masa 5 Minit di Shopee Mall Hari Ini, Apa Yang Best Tentang Telefon Huawei…

Zhao menambah, “honor menjanjikan kejutan yang mengujakan untuk peminat dan pengguna kami. Malaysia merupakan pasaran global pertama kami semasa pelancaran honor View10 Crush Red dan kini kami berbangga untuk memperkenalkan siri honor Lite buat pertama kali untuk pasaran tempatan – lazimnya kami melancarkan produk baharu di pasaran Eropah dan India. Dengan memperkenalkan honor 9 Lite di pasaran tempatan, kami percaya keputusan ini dapat mengukuhkan kedudukan dan komitmen kami di Malaysia. Honor 9 Lite akan menjadi teman setia peminat tegar swafoto dengan dua kamera hadapan”.

Bagi meraikan pelancaran ini, Shopee turut menganjurkan pertandingan swafoto di Instagram dari 12 hingga 31 Mac yang memberi peluang kepada peserta untuk memenangi telefon honor 9 Lite baharu ini. Pengguna Shopee hanya perlu memuat naik satu swafoto dengan rakan baik mereka di Instagram, letakkan keterangan yang menyatakan sebab mereka rasa rakan baik mereka adalah seorang yang cantik atau kacak, tag pada @shopee_my dengan tanda pagar #ShopeeXhonor. Dua pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi sebuah honor 9 Lite untuk mereka dan rakan mereka. Manakala 10 pemenang lain akan menerima hadiah berbentuk 10,000 syiling Shopee setiap seorang. Selain itu, dari 7 hingga 9 Mac, pengguna Shopee boleh bermain permainan Facebook Live untuk membuka kunci ‘Code of Honor’ yang menawarkan hadiah berupa sebuah honor 9 Lite setiap hari.

500 Buah Honor 9 Lite Terjual Dalam Masa 5 Minit di Shopee Mall Hari Ini, Apa Yang Best Tentang Telefon Huawei…

 

150 pembeli pertama honor 9 Lite akan menerima set solekan khas untuk swafoto dari Maybelline New York, peneraju dalam industri kosmetik global, bernilai RM50. Nantikan kejutan yang mengujakan daripada jenama solekan No 1 Malaysia yang diispirasikan daripada trend terhangat dari New York yang akan bekerjasama dengan honor pada sambutan ‘Hari honor’.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI