Ramai yang bercakap mengenai gaun perkahwinan Meghan Markle ( termasuk Remaja! ) yang direka khas oleh Givenchy. Ia merupakan rekaan throwback kepada gaun Givenchy yang pernah dimodelkan oleh pelakon, Audrey Hepburn untuk majalah Vogue.
Namun semua orang juga tertanya-tanya mengenai tiara yang dipakai oleh Meghan hari ini. Jika pada majlis perkahwinan Kate Middleton pada tahun 2011, Queen Elizabeth telah meminjamkan tiara Cartier Halo Scroll dari tahun 1936 yang dihadiahkan oleh Prince George VI kepada isteri beliau.
IKLAN
Hari ini, Meghan juga memakai ‘tiara pinjam’ oleh Queen Elizabeth !
Dinamakan sebagai Queen Mary Bandeau Tiara, ini adalah 5 fakta menarik mengenainya.
01
Seperti namanya, tiara ini asalnya dimiliki oleh Queen Marry dan merupakan barangan antik yang telah lama menjadi sebahagian daripada koleksi keluarga diraja.
IKLAN
02
Batu berlian yang ada pada tiara ini adalah dari tanah Inggeris dan direka pada tahun 1932. Brooch di bahagian tengah itu pula berasal dari tahun 1893.
03
Diperbuat daripada berlian dan platinum, tiara ini mempunyai dibahagikan kepada 11 seksyen yang bersambung dalam bentuk oval. Saiz berliannya pula berbeza, ada yang kecil dan ada yang besar.
IKLAN
04
Brooch di bahagian tengah boleh diasingkan dan ia diperbuat daripada 10 batu berlian.
05
Brooch pada Queen Mary Bandeau Tiara adalah merupakan pemberian County of Lincoln kepada Puteri Mary semasa beliau mengahwini Putera George, Duke of York pada tahun 1893. Ia kemudian dijadikan sebahagian daripada rekaan tiara tersebut
Pada tahun 1953, Queen Elizabeth II telah mewarisi aksesori kepala bernilai tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keputusan untuk menamatkan zaman bujang dalam kalangan para peserta Big Stage kebelakangan ini telah menggamit perhatian peminat. Pada usia remaja di bawah 25 tahun, mereka membuktikan tiada salahnya untuk melangsungkan pernikahan sekiranya diri telah bertemu dengan pasangan yang tepat dan paling bersesuaian dengan kita.
Terbaru, Naib Juara Big Stage musim pertama iaitu Syafiq Farhain telahpun mendedahkan bahawa dirinya kini telah bergelar suami orang.
Syafiq, 28 mengakui telahpun bernikah di kampung halaman mereka berdua di Terengganu dan lebih selesa untuk mengekalkan privasi hubungan tersebut. Bukanlah untuk mengelak daripada ia dihidu oleh rakan media mahupun peminat, kata Syafiq dia tidak sesekali akan menafikan status ‘suami orang’ itu jika ada yang bertanyakan kepadanya.
Selain Syafiq, rupa-rupanya terdapat tujuh lagi bekas peserta Big Stage lain yang telahpun menamatkan zaman bujang tau. Jom lihat siapakah mereka ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon kelahiran tanah air yang kini menuai nama di persada antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya disatukan dengan jejaka pilihan hatinya Jean Todt, selepas 19 tahun menjalin ikatan tali pertunangan.
Terbaharu, ibu tercintanya, Datin Janet Yeoh, memaklumkan beliau tidak mengetahui mengenai majlis perkahwinan anaknya yang berlangsung Khamis lalu di Geneva, Switzerland.
Menerusi laporan Sinar Harian, Janet bagaimanapun melihat ‘kerahsian’ berkenaan dari sudut pandang positif, selain berharap pelakon filem popular Everything Everywhere All at Once itu akan mengadakan majlis resepsi di Malaysia kelak.
“Anak saya memang sentiasa menghubungi saya tetapi menerusi perbualan dua minggu lalu, dia tidak bercakap mengenai perkara itu (majlis perkahwinannya).
“Mungkin dia sengaja nak berikan kejutan kepada saya,” katanya dalam wawancara bersama media berbahasa Cina, baru-baru ini.
Pada masa sama, Janet juga adalah individu paling gembira dengan berita perkahwinan tersebut, tambahan pula selama ini dia kerap meminta mereka agar segera berumah tangga.
“Todt sudah banyak kali melamar dan dia hanya ketawa serta mengatakan seronok setiap kali dilamar. Todt memang terlalu cintakan Michelle,” tambahnya lagi.
Sekadar informasi, berita perkahwinan Michelle dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Jean Todt, 70, diketahui ramai selepas bekas pelumba Formula Satu (F1), Felipe Massa berkongsi dalam satu hantaran di Instagram pada Jumaat.
Perkahwinan itu menoktahkan penantian Todt selama 19 tahun untuk menjadi suami Michelle selepas mereka bertunang pada 26 Julai 2004.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak sabar nak tunggu 11.11 kan. Ketika ini korang yang suka beli barangan pada harga diskaun gila-gila, pasti mengambil peluang untuk dapatkan barang pada harga berbaloi murah.
Jika sebelum ini Shopee pernah hadir dengan promosi Shopee 9.9 Super Shooping Day, kini tawaran lebih hebat boleh didapati pada Shopee 11.11 Big Sale bermula dari 25 Oktober sehingga 11 November ini.
Lebih besar dengan nilai berbaloi, Shopee 11.11 Big Sale menawarkan pelbagai diskaun eksklusif, termasuk penghantaran percuma untuk perbelanjaan minimum RM11, pulangan tunai harian sehingga 111% dan peluang untuk membeli sebuah Toyota Vios hanya RM1!
Wow, RM1 untuk Toyota Vios. Memang berbaloi bagi yang bertuah.
Untuk pengetahuan korang, Shopee 11.11 Big Sale sudah pun bermula dari sekarang sehingga 11 November 2019. Lebih 100 jenama dan 15,000 penjual di platform atas talian milik Shopee termasuk jenama terkenal seperti Carlo Rino, P&G, Nestle, Siti Khadijah, Maybelline , Vivo Realme, Tefal, Mr DIY, Enfagrow, Nutox, Universal Traveller, Samsung, Watsons, Honor, HomeHuk, Photobook Malaysia, Vinda, L’Oréal dan banyak lagi mengambil bahagian.
Lebih best, korang boleh mendapatkan barangan dari jenama-jenama terkemuka tanpa penambahan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Selain itu, Shopee turut menganjurkan promosi mengikut tema hari serta tawaran syiling Shopee bernilai RM1.1 juta menerusi aplikasi Shopee Shake termasuk memperkenalkan Single’s Day (Hari Bujang) sekaligus memberikan penjimatan kepada pengguna untuk membeli barangan kegemaran mereka. Ketika Jualan Kilat Shocking Sale, korang boleh menikmati tawaran serendah RM1.10 untuk barangan tertentu.
Selain itu, pelbagai permainan dalam aplikasi turut disertakan seperti Shopee Catch, Shopee Strike, Voucher Together-Gether, Shopee Lucky Egg dan Shopee Quiz bagi memenangi Shopee Coins dan baucar.
Di sebalik berseronok membeli belah, Shopee turut mengadakan kempen amal bagi membantu mereka yang mengidap kanser.
Menjangkakan lebih 11 juta pesanan diterima tahun lalu dengan nilai lonjakan jutaan ringgit, Shopee mengambil kesempatan untuk menyeru rakyat Malaysia agar menyokong perjuangan menentang kanser menerusi kempen kebajikan pertamanya, iaitu #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge.
Kempen ini bertujuan meraih dana untuk Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA). Hasil kutipan akan disalurkan kepada pesakit kanser kurang mampu yang memerlukan rawatan dan juga penyelidikan dan perkhidmatan sokongan oleh MAKNA dalam usaha berterusan untuk mencari penawar.
Rakyat Malaysia boleh menyumbang menerusi kedai rasmi ShopeeMAKNA di Shopee di mana mereka boleh memilih jumlah yang ingin diderma, bermula dari RM5. Mereka yang menderma layak mendapatkan resit pelepasan cukai daripada MAKNA.
Shopee juga bekerjasama dengan rangkaian hospital Pusat Perubatan Sunway untuk mendorong rakyat Malaysia menjalani pemeriksaan kanser.
Pusat Perubatan Sunway akan menawarkan 300 penderma pertama yang menderma RM100 dengan ujian darah percuma bernilai RM100 dan 50 penderma pertama yang menderma RM250 dengan pakej mammogram 3D percuma bernilai RM430 melalui kedai rasmi ShopeeMAKNA. Selain itu, sebagai sebahagian daripada kempen ini, Pusat Perubatan Sunway akan menderma RM20,000 kepada MAKNA.
Turut menyokong #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge adalah personaliti Che Puan Sarimah Ibrahim, Elyana, Diana Danielle, Farahanim Razak, Rita Dato' Sosilawati, Lia Natalia, As'ad Motawh, Yasmin Hani, Liyana Jasmay dan Sarah Hildebrand serta atlet gimnastik negara Izzah Amzan, Koi Sie Yan, Jeremiah Loo dan Olympian Terbaik 2018 Amy Kwan.
Untuk tahu lebih lanjut berkenaan Shopee 11.11 Big Sale, korang boleh layari laman web rasmi Shopee, muat turun aplikasi Shopee secara percuma menerusi App Store dan Google Play. Atau masuk ke Shopee 11.11 Big Sale.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu…
Pemain skuasy lelaki nombor satu negara, Ng Eain Yow mencipta sejarah tersendiri apabila menjuarai...