Aduh, sesiapa pun mesti akan terpesona dengan karakter Putera Harry Sabtu lalu ketika menonton majlis perkahwinan beliau secara langsung.

 

Hakikatnya, walaupun Putera Harry kini sudah berusia 33 tahun, beliau tetap Putera Harry yang kita sayangi sejak kecil lagi. Dengan perangai beliau yang sedikit keanak-anakan, serius apabila perlu, manja ketika bersama wanita yang penting di dalam hidupnya seperti ibu, Puteri Diana, sesiapa saja akan terbayang semula imej Putera Harry semasa kecil.

Malah tak keterlaluan jika REMAJA katakan, lelaki muda perlu mempelajari cara beliau menghargai wanita dalam hidupnya kini, Meghan Markle. Cer tengok.

 

Rasa Bahagia

4 Perbuatan Yang Semua Lelaki Boleh Pelajari Dari Putera Harry, Sweet Sangat!

Orang kata kalau nak tahu lelaki itu yakin ketika mengahwani seseorang, wajahnya akan sentiasa berubah dari perasaan nervous dan gembira sebelum majlis tersebut.

Ternyata Putera Harry nampak bahagia je bermula dari masa beliau berjalan dengan Putera William sehinggalah beliau menemui undangan perkahwinan di dalam gereja. Lihat saja cara beliau menjulurkan lidah. Comel! Semua lelaki seharusnya tidak takut untuk memperlihatkan ciri keanak-anakkan masing-masing.

IKLAN

 

“I’m So Lucky”

4 Perbuatan Yang Semua Lelaki Boleh Pelajari Dari Putera Harry, Sweet Sangat!

4 Perbuatan Yang Semua Lelaki Boleh Pelajari Dari Putera Harry, Sweet Sangat!

Putera Harry sempat lagi untuk meluahkan perasaan beliau kepada Meghan di altar. Kalau penulis, gugup tak tahu nak cakap apa dah! Sambil menatap ke mata Meghan dengan penuh makna, penonton dengan jelas melihat beliau berkata, “You look amazing, I’m so lucky.”

Aww, lelaki harus lebih kerap mengucap kata-kata manis kepada wanita pilihan mereka.

IKLAN

 

Air Mata Terharu

4 Perbuatan Yang Semua Lelaki Boleh Pelajari Dari Putera Harry, Sweet Sangat!

Ya, lelaki juga boleh menangis.

Ini berlaku kepada Putera Harry ketika mendengar ucapan daripada paderi di altar. Putera Harry bukanlah lelaki pertama yang mengalirkan air mata terharu di majlis perkahwinan mereka. Namun untuk seseorang yang mempunyai pangkat seperti beliau tidak teragak-agak untuk meluahkan rasa gembira dengan cara ini, it means a lot to all women out there.

 

IKLAN

Tangan Tidak Pernah Terlepas

4 Perbuatan Yang Semua Lelaki Boleh Pelajari Dari Putera Harry, Sweet Sangat!

Perasaan romantik pada lelaki selalunya mudah luntur selepas beberapa tahun berkenalan dengan wanita pilihan. Kadangkala, nak pegang tangan pun korang segan. Err.

Ini tidak berlaku pada Putera Harry yang dilihat tidak melepaskan genggaman tangan Meghan ketika duduk di dalam gereja sehinggalah ketika duduk di dalam kereta kuda yang membawa mereka mengelilingi bandar Windsor.

 

So guys, jangan lupa untuk melayan wanita pilihan korang seperti Putera Harry okay.

 

4 Perbuatan Yang Semua Lelaki Boleh Pelajari Dari Putera Harry, Sweet Sangat!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI