Masalah hilang pekerjaan bukan hanya kerana keadaan ekonomi yang tidak stabil, tetapi kepesatan teknologi hari ini juga menjadi salah satu faktor pelaksanaan sistem automasi di tempat kerja.

Sudah tentu pelaksanaan sistem ini lebih menjimatkan kos dan syarikat terpaksa menukar strategi perniagaan masing-masing sehingga bakal menyebabkan lebih ramai pekerja yang dibuang.

3 Sektor Pekerjaan Paling Berisiko Dibuang Kerja Tahun Ini
Gambar hiasan

Lebih membimbangkan lagi, Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan sebelum ini ada memberi amaran bahawa tiga sektor paling berisiko berdepan dengan pengurangan pekerja adalah sektor pembuatan, peruncitan dan kewangan disebabkan oleh pelaksanaan sistem automasi ini.

Pada 2016, 40,000 pekerja diberhentikan dan18,000 daripadanya adalah daripada sektor perbankan kerana melaksanakan sistem perbankan secara online.

IKLAN

Malah, katanya lagi lebih ramai pekerja mungkin dibuang tahun ini di Malaysia.

Selain itu juga, kajian Forum Ekonomi Dunia (WEF) menyatakan antara tahun 2015 dan 2020, lebih 5 juta pekerjaan akan digantikan dengan mesin. Malah, laporan daripada The Future of Employment oleh Universiti Oxford pada 2013 meletakkan pegawai telemarketing, pegawai kredit dan juruwang sebagai pekerjaan paling berisiko untuk digantikan dengan mesin.

3 Sektor Pekerjaan Paling Berisiko Dibuang Kerja Tahun Ini

IKLAN

Pengasas Syarikat Perunding DDG, Justin Tobin menasihatkan agar semua pekerja mula mempelbagaikan kemahiran bagi menghadapi masa hadapan yang semakin mencabar.

Namun begitu, antara pekerjaan paling selamat yang disebut adalah pekerja sosial, pakar terapi pemulihan dan pakar nutrisi/diet.

IKLAN

Hm, boleh tahan mencabar juga masa hadapan kita ni, tapi ingatlah satu perkara yang rezeki semua di tangan Tuhan. Selagi kita berusaha dan yakin akan pertolonganNya, insyaAllah ada rezeki buat kita nanti.

Yang penting jangan malas okay?

Sumber: Astro Awani

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI