Sejak akhir-akhir ini,  kita sering terbaca kejadian  jelik. Anak tikam emak, abang bunuh adik, kawan tetak kawan dan macam-macam lagi berita.

Jangan terkejut kerana diberitakan 30 peratus atau 4.2 juta rakyat di negara ini mengalami masalah kesihatan mental.

3 Daripada 10 Remaja  Alami Kesihatan Mental, Pakar  Psikiatri Beri Tips Cara Kenali Individu Bermasalah Ini

Kajian dari National Health & Morbility pada tahun 2015 mendapati 3:10 mereka yang berumur 16 tahun ke atas mengalami masalah kesihatan mental iaitu kira-kira 29.2 peratus remaja di negara ini. Terkejutkan?

Manakala di kalangan kanak-kanak pula menunjukkan angka 12.1 peratus mewakili usia di antara 5-10 tahun.

Statistik pula menunjukkan  seorang dalam kalangan tiga penduduk di negara ini mempunyai masalah berkait rapat dengan isu diperkatakan.

3 Daripada 10 Remaja  Alami Kesihatan Mental, Pakar  Psikiatri Beri Tips Cara Kenali Individu Bermasalah Ini
Gila apakah ini?

Untuk pengetahuan, masalah kesihatan mental boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Ia bukan penyakit keturunan pun.

Masalah kesihatan mental banyak berkait rapat dengan gaya hidup, tingkah laku, masalah kewangan, kemiskinan, kebimbangan, tekanan perasaan dan banyak lagi.

Remaja pada usia 16-19 adalah kelompok tertinggi mengalami masalah kesihatan mental ini.

So just check it out! Dia mungkin kawan anda, mungkin boyfren anda, dia mungkin awek anda. Dan mungkin dia boleh jadi ibu bapa anda sendiri.

Kalau anda kawan-kawan korang yang menunjukkan perubahan dari segi tingkah laku, sikap, tekanan emosi dan beberapa aspek lain, tolonglah bagi dia sokongan.

Jangan lari darinya sebab mereka ini sangat memerlukan sokongan untuk kembali sembuh. Lagipun dia orang bukan gila pun, Cuma alami tekanan perasaan sahaja yang membawa kepada masalah kesihatan mentalnya.

Untuk pengetahuan korang, Oktober adalah bulan Kesedaran Kesihatan Mental yang disambut seluruh dunia. Tarikh 10 Oktober dipilih sebagai satu hari  meraikannya. Tapi sepanjang bulan Oktober, kempen ini masih terus berjalan.

Apa lagi yang perlu korang ambil tahu tentang Kesedaran Kesihatan Mental ini? Pakar Perunding Psikiatri Kanak-Kanak & Remaja, Dr Yusni Yusuff dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar berkongsi pengalaman beliau mengendalikan kes-kes remaja yang mengalami masalah kesihatan mental.

IKLAN
3 Daripada 10 Remaja  Alami Kesihatan Mental, Pakar  Psikiatri Beri Tips Cara Kenali Individu Bermasalah Ini
Masalah di kalangan remaja ialah kebimbangan dan kemurungan- Dr Yusni

Antara gejala masalah kesihatan mental termasuklah berasa sedih berpanjangan, sering bimbang atau resah gelisah, berasa takut, tertekan, cepat marah, sering keletihan, sukar tidur, hilang tumpuan dan sebagainya. Masalah atau gangguan kesihatan mental jula dibiarkan tanpa bantuan boleh mendorong seseorang remaja mengalami penyakit mental yang lebih serius.

Masalah kesihatan mental yang sering dialami oleh golongan remaja adalah kemurungan (depression) dan kebimbangan (anxiety).

Remaja yang mengalami gangguan kesihatan mental seringkali dilihat sebagai mengalami masalah tingkahlaku ataupun masalah disiplin.

Mereka sering di label sebagai remaja nakal dan bermasalah. Mereka dilihat sebagai seorang yang kuat memberontak dan menunjukkan tingkahlaku yang bukan kebiasaan beliau.

3 Daripada 10 Remaja  Alami Kesihatan Mental, Pakar  Psikiatri Beri Tips Cara Kenali Individu Bermasalah Ini

Penyakit mental seperti skizofernia boleh terjadi kepada remaja tetapi ianya berlaku pada kadar yang sangat rendah berbanding dengan apa yang telah diperkataan sebelum ini.

Mereka yang mengalami gangguan sebegini sering menerima bisikan-bisikan suara sehingga sanggup menyembelih anak atau adik sendiri adalah berbeza sama sekali dengan masalah kesihatan mental

Apa dimaksudkan dengan masalah kesihatan mental?

  • Masalah kesihatan mental merujuk kepada perubahan tingkah laku, tekanan dan sebagainya.  Paling senang nak kesan, kalau dulu anak atau kawan anda sopan santun orangnya, tiba-tiba dia berubah sikap. Jadi kasar. Bahasa percakapannya juga berlaian, suka mencarut dan sebagainya.

3 Daripada 10 Remaja  Alami Kesihatan Mental, Pakar  Psikiatri Beri Tips Cara Kenali Individu Bermasalah Ini

 

IKLAN
  • Ciri lain ialah dia suka menyendiri. Tak suka berkawan kerana dia mungkin merasakan dirinya tak cantik, gemuk, tak ada kekasih, muka berjerawat dan sebagainya. Ini juga boleh mengakibatkan tekanan perasaan kepadanya. So bantulah dia ya! Jangan jauhkan diri.
  • Dia mungkin mangsa penderaan. Bila meningkat remaja, dia teringat-ingat kembali kenangan itu dan mula berubah sikap.
  • Bergaduh dengan kawan baik sendiri juga boleh menjurus seorang remaja kepada masalah kesihatan mental. Dia mungkin fikir anda kawan baiknya tapi bila anda berdua bergaduh, anda jauhkan diri. Ini memang teruk dan biasa berlakukan!
  • Putus cinta. Ini memang faktor terbanyak. Kumbang bukan seekor, bunga pun bukan sekuntum. Hidup pun masih panjang. Jangan sedih-sedih tau. Sebab kalau anda tak berjaya mengawal emosi ini, anda boleh alami tekanan perasaan berpanjangan.
  • Faktor kewangan. Kena pula kawan-kawan selalu tayang barang branded dan anda tak mampu nak beli. Ini memang boleh jadi tekanan mental yang kuat.
  • Kesesakan tempat tinggal. Ini juga antara punca masalah ini boleh wujud.
  • Masalah di tempat kerja dan sekolah. Ada juga yang sudah tak berminat dengan sekolah tetapi tetap dipaksa oleh ahli keluarga. Ini juga boleh jadi puncanya.
  • Anak-anak yang menjadi mangsa perceraian.
  • Kehilangan orang yang disayangi

Bagaimana mereka ini perlu dibantu?

  • Sokongan keluarga. Kalau ada ahli keluarga yang menderita masalah, beri sokongan tanpa berbelah bahagi. Ingat, jangan jauhkan diri.
  • Ambil peduli dengan perubahan-perubahan sikap atau tingkahlaku ahli keluarga yang mula menunjukkan kelainan.
  • Bercakap dengan mereka untuk menyelami apa yang berlaku.
  • Bantu mereka menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
  • Bantu mereka berjumpa dengan ahli psikologi termasuklah kaunselor, pakar psikologi ataupun pakar psikiatri.
  • Buat rujukan atau rajin-rajinlah membaca pelbagai info untuk mengetahui gejala penyakit mental. Andainya ada gejala, dapatkan nasihat dan perkhidmatan dari doktor perubatan.

 

Kata Dr Yusni Yusuff lagi, masalah di kalangan ini masih boleh dirawat asalkan keluarga memberi sokongan padu dan tak ponteng pertemuan dengan doktor bila temujanji sudah dilakukan.

“Biasa untuk menyelami masalah dihadapi, saya akan ajak mereka berbual-bual dahulu. Kebanyakannya akan senyap dalam pertemuan pertama. Semuanya menunduk dan membisu.

“Tapi kita tak pernah putus asa. Dalam pertemuan seterusnya, kita akan ajak lagi berbual sehinggalah kita dapat mengesan punca bagaimana mereka boleh menghadapi tekanan mental ini.

3 Daripada 10 Remaja  Alami Kesihatan Mental, Pakar  Psikiatri Beri Tips Cara Kenali Individu Bermasalah Ini
Berbual boleh menyelesaikan masalah dihadapi pesakit ini

 

“Banyak yang pulih melalui terapi percakapan “talk therapy” atau juga dikenali sebagai psychotherapy. Remaja ini juga mungkin perlu menjalani sesi kaunseling untuk belajar kemahiran sosial, mengurus masa serta teknik untuk relaks.

“Akan tetapi bagi kes yang sudah agak teruk kita akan bekalkan dengan ubat-ubatan untuk mengawal keadaan menjadi lebih teruk seperti remaja menjadi agresif, timbul niat untuk mencederakan diri atau bertindak di luar kebiasaan dan mungkin juga membunuh diri,”kata pakar perunding yang banyak mengendalikan kes-kes remaja yang melalui tekanan dan kebimbangan.

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI