Sejak akhir-akhir ini, ramai peniaga online yang menyatakan Facebook sudah semakin ‘berkira’ dan bisnes mereka sudah tak serancak dulu. Rata-ratanya memetik perubahan algoritma baru Facebook yang khabarnya menyebakan followers tidak lagi nampak posts mereka. Bagi remaja yang baru hendak berjinak-jinak menjadi usahawan online, pastinya mendengar perkara sebegini boleh mematahkan semangat mereka.

Jadi, kami cuba tanyakan hal ini kepada seorang guru pemasaran online, Sifu Najib Assadok. Benarkah Facebook semakin menyukarkan peniaga-peniaga online, dan apakah yang boleh dilakukan oleh remaja yang baru nak bermula? Ini penjelasan beliau.

Jangan Salahkan FB, Cabaran Paling Besar Ialah Diri Sendiri!

Facebook berubah untuk menambah baik user experience mereka, bukannya untuk menyusahkan peniaga. Sebenarnya, peniaga itu sendiri yang tidak mahu berubah dan masih menggunakan cara yang mengsabotaj bisnes mereka sendiri.

2 Cabaran Besar Bisnes Online Tahun 2018, Sellers Jangan Ambil Mudah

Jual, jual dan jual? Hentikan.

Ramai penjual yang lupa bahawa menjual secara online juga memerlukan prinsip seperti menjual di kedai. Orang kita selalu mahu menjual tanpa memikirkan untuk add more values for their customers. Kebanyakan sellers hanya describe spesifikasi produk mereka secara panjang lebar tanpa menarik emosi pelanggan terlebih dahulu. Selain perlu faham apa yang diperlukan oleh pelanggan, online sellers juga perlu belajar membina relationship dengan followers mereka. Jika followers buka Facebook page kita dan hanya nampak posts iklan, ia ibarat buka siaran televisyen tapi tiada cerita untuk ditonton.

IKLAN

Content is key, content is King

Banyak online sellers merungut yang Facebook hanya mahu ‘telan duit’ sekarang. Inilah mentaliti usahawan kita perlu ubah sebenarnya. Ramai tidak sedar pentingnya content marketing dalam membina jenama terutamanya di Facebook. Selain menjual produk, penjual perlu bijak berkongsi CERITA produk tersebut kerana cerita yang baik dapat menarik emosi dan membina kepercayaan.  Apabila pelanggan Like & Share content kita, secara tak langsung ia mewujudkan awareness terhadap jenama kita juga.

Praktikkan pemasaran FB yang betul

IKLAN

Ramai peniaga cuba mencari teknik magik yang tidak wujud. Sebenarnya, magik itu hanya berlaku jika mereka bertindak dengan ilmu yang betul. Tiga peringkat pemasaran Facebook yang betul ialah (i) bina followers, (ii) branding dan (iii) love customer more. Facebook mempunyai banyak tools yang khusus untuk tujuan marketing yang boleh diaplikasikan oleh peniaga.

Cabaran Dekad: Ekonomi 2018

Cabaran ekonomi ialah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Ini cycle ekonomi yang berlaku setiap 10 tahun, yang terakhir ialah pada tahun 2008. Jadi, peniaga perlu bersedia untuk tahun hadapan dan meng’online’kan bisnes mereka. Semua bisnes sudah menukar trend kepada online, bahkan kita sendiri lebih banyak menghabiskan masa di atas talian. Sekiranya bisnes tidak mahu berubah, pelanggan yang akan berubah dan membeli di tempat lain.

Bisnes belum online? Jangan berserah, masih sempat untuk anda berbuat sesuatu sekarang. Tindakan paling penting ialah cari ilmu dan strategi yang betul. Produk apa pun tak jadi masalah. Masalah utama ialah mindset dan tak mahu bertindak untuk berubah. Jika berserah pada takdir, habislah bisnes.

IKLAN

Amacam guys, dah ready nak mulakan online bisnes tahun 2018 nanti? Bersedia sehabis baik untuk hadapi dua cabaran besar yang Sifu Najib nyatakan tadi. Dan ingat pesanan akhir beliau ni:

Nak mulakan apa-apa perlu ada ilmu. Dengan ilmu yang betul kita mengurangkan risiko membuat kesilapan dan membantu kita mencari jalan pintas dari segi masa dan tenaga. Carilah ilmu, kemudia carilah guru. Cari satu guru dan buat 1000 tindakan, bukan cari 1000 guru namun hanya buat satu tindakan.

Sifu Najib juga selalu share tips marketing yang berguna di Facebook beliau. Let’s follow!

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI