Bila datang beraya ke rumah saudara atau jiran-jiran, pasti perkara pertama yang biasanya korang buat adalah cari kuih raya yang paling best kan?
Niat nak menziarah tu memang la ada, tapi apa salahnya sekali setahun je nak melantak pelbagai kuih raya yang ada juga antaranya hanya jumpa time raya.
Berikut kami senaraikan beberapa kuih atau biskut raya yang selalu menjadi pilihan tetamu.
1. Almond London
2. Tart Nanas
3. Cornflakes madu
4. Semperit
5. Biskut Dahlia
6. Biskut Suji
7. Sarang semut
8. Mazola
9. Kuih Ros
10. Rempeyek
11. Kuih kapit
12. Kerepek bawang
13. Kerepek pisang
14. Popia simpul
15. Popia nestum
16. Almond crunchy bar
17. Red velvet cookies
So guys, apa pula kuih raya favourite korang?
Pertama Di Dunia, Sut Dari Misai. ‘Rare’ Dan Ada Maksud Disebalik Pakaian Ini?
November adalah bulan istimewa untuk para lelaki seluruh dunia menyambut, or rather, memperingati kepentingan menjaga kesihatan mental dan fizikal mereka terutamanya kesedaran mengenai masalah kesihatan lelaki yang serius, seperti barah prostat dan testis.
Dan untuk menunjukkan tanda sokongan, lelaki membiarkan saja misai dan jambang tanpa bercukur.
Menariknya lagi sempena Movember tahun ini, jenama pakaian lelaki Australia, Politix bekerjasama dengan artis visual Pamela Kleeman-Passi untuk menghasilkan sut unik menggunakan misai lelaki.
Wow, pakaian ini juga dikatakan pertama di dunia dihasilkan menggunakan misai manusia dan Oddity Central melaporkan, inisiatif itu bersempena dengan kempen Movember.
Sut yang dipanggil Mo-Hair diperbuat daripada fabrik unik yang dicipta oleh artis visual yang berpangkalan di Melbourne, Pamela Kleeman-Passi. Passi terbabit dalam projek itu kerana suaminya meninggal dunia akibat barah prostat dan usus, pada 2016.
Bagi menghasilkan sut itu, Passi dibekalkan dengan misai yang diperlukan oleh Sustainable Salons, program kitar semula yang mengumpul dan mengitar semula rambut dari pelbagai salun.
ARTIKEL BERKAITAN : Pemain Harimau Malaya Hidap Kanser Testis, Pentingnya Pemeriksaan Dan Dikesan Awal
Sejurus berita mengenai projek itu mula tersebar, orang awam mula menghantar bungkusan berisi misai mereka. Passi menjahit semua rambut misai bersama-sama dengan kapas untuk menghasilkan fabrik asli.
Ia kemudiannya diserahkan kepada pengurus reka bentuk Politix Paul Burden yang memotongnya menjadi sut. Bagi mengelakkan kegatalan yang biasanya dikaitkan dengan rambut pada kulit, Politix melapik kain itu dan mencetaknya.
So, sekarang korang tahu bahawa Movember bukan semata-mata bulan untuk membela misai dan jambang. Membela misai serta jambang hanyalah budaya simbolik untuk menyokong kempen kesedaran untuk lelaki ini.
**Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika korang menghadapi sebarang masalah atau mengenali sesiapa yang mempunyai masalah fizikal mahupun mental, usah sesekali menunggu bantuan untuk tiba. Bangun dan minta bantuan keluarga serta kenalan rapat untuk ke hospital dan pusat kaunseling. Lawati laman web Malaysian Mental Health Association untuk makluman direktori lanjut.
Rakyat Selangor Tak Berpeluang Buka Puasa, Solat Tarawih Bersama Sultan Ramadan Ini
Bagaimana pula dengan kita, ada tawarih tak di masjid dan surau tahun ini..?
Dalam satu kenyataan rasmi kepada media hari ini, Sultan Selangor Sulta Sharafuddin idris Shah secara rasminya tidak akan menganjurkan majlis berbuka puasa dan solat tarawih Bersama rakyat pada bulan Ramadan, tahun ini.
Kenyataan itu disampaikan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.
Menurut beliau, keputusan itu dibuat dengan berat hati setelah mengambil kira faktor keselamatan rakyat berikutan penularan wabak Covid-19 yang masih dalam tahap pandemik. Lalu program berbuka puasa dan solat tarawih Bersama rakyat di seluruh negeri akan dibatalkan.
Bagaimanapun, sumbangan duit raya dan agihan zakat kepada golongan asnaf masih akan disalurkan seperti tahun-tahun sebelum ini.
Lembaga Zakat Selangor akan mengagihkan bantuan hari raya berjumlah RM500 menerusi kaedah yang selamat dan efisien iaitu secara pengkreditan terus ke akaun bank penerima. Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, LZS akan memberikan baucar tunai untuk dikeluarkan di mana-mana cawangan Bank Islam.
"Baginda mendoakan seluruh rakyat agar dijauhi daripada bencana dan dilindungi Allah SWT. Semoga rakyat dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa," jelas beliau lagi menerusi laporan BERNAMA.
*
Satu persoalan yang timbul adalah sama ada tradisi solat tarawih di masjid dan surau akan dibatalkan serta-merta di seluruh negeri Selangor.
Tinjauan REMAJA di laman Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Selangor masih tidak menunjukkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan penganjuran solat tarawih pada bulan Ramadan. Malahan, pihak Jabatan Mufti juga telah menutup pejabat operasi sejak 27 Mac lalu selaras dengan arahan lanjutan perintah kawalan pergerakan.
Apa-apapun, faktor kesihatan dan keselamatan kita lebih utama. Sekiranya semua penganjuran solat tarawih di negeri Selangor diarah agar dibatalkan, kita masih boleh melakukan ibadah di rumah secara berjemaah bersama ahli keluarga. Kuat sikit ukhuwah, tak gitu.
Kes Kematian Semakin Melonjak, Itali Bakal Bina Hospital Kontena
Terbaru sejumlah 712 orang meninggal dunia akibat penyakit itu dalam 24 jam terakhir, sekali gus melonjak kepada jumlah keseluruhan 8,215 orang – lebih dua kali ganda dari tempat lain di dunia. Jangkitan baharu pula meningkat 6,153 kes, menjadikan setakat ini 80,539.
Rata-rata semua orang berasa gerun dan takut akan peningkatan angka kematian di negara bersejarah itu. Apa yang membuatkan negara bersejarah ini mempunyai kadar kematian yang sangat tinggi di dunia meski telah kerajaan mereka telah membuat perintah berkurung (lockdown).
Dua bulan lalu dunia dikejutkan dengan kemampuan China membina sebuah hospital dalam masa hanya dua minggu. Tapi lain pula di Itali kini.
Di Itali ,situasi Covid-19 semakin runcing dengan jumlah kematian di negara ini melangkaui China. Unit rawatan rapi hospital pula telah dipenuhi pesakit kritikal. Antara jalan penyelesaian yang dicadangkan ialah membina unit rawatan rapi segera menggunakan kontena. Konsep Connected Units for Respiratory Ailment (CURA) ini adalah hasil kerjasama Carlo Ratti Associati, Italo Rota, Studio FM Milano, Humanitas Research Hospital, Jacobs dan Squint/opera.
Setiap kontena boleh menempatkan dua orang pesakit. Dengan rekaan modular, sebuah unit rawatan rapi yang sentiasa berkembang dapat dibina dengan pantas. Pembinaan boleh dilakukan di tempat letak kereta, padang, dataran awam dan juga kapal kargo yang diubahsuai.
Kontena dengan mudah boleh didapati di seluruh dunia dan oleh sebab itu rekaan CURA akan diberikan secara sumber terbuka kepada negara yang memerlukan. Buat masa ini CURA masih lagi sebuah konsep tetapi dengan jumlah pesakit yang semakin meningkat tidak mustahil ia menjadi realiti dalam masa terdekat.
Moga bakal hospital kontena ini dapat menampung jumlah pesakit Covid-19 di Itali.
SUMBER RUJUKAN: CARLORATTI